Patutlah! Russia benarkan eksport bijirin Ukraine jika Barat tarik balik sekatan

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin memaklumkan kepada pemimpin Jerman dan Perancis bahawa Moscow bersedia untuk ‘mencari jalan’ bagi membolehkan stok bijirin yang terkandas di sejumlah pelabuhan di Ukraine dihantar kepada negara pengimport.

Namun, perkara itu hanya dipersetujui sekiranya Barat menarik balik sekatan dikenakan terhadap Moscow ketika ini.

Menerusi perbualan telefon bersama Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan Canselor Jerman, Olaf Scholz kelmarin, Putin menegaskan kesukaran untuk membekalkan bijirin kepada pasaran dunia adalah disebabkan oleh sekatan yang ‘strategi politik dan kewangan yang ditentukan negara Barat’.

“Russia bersedia untuk membantu menyalurkan bekalan bijirin kepada pasaran global, termasuk eksport bijirin Ukraine dari pelabuhan Laut Hitam.

“Peningkatan bekalan baja dan produk agrikultur dari Russia juga boleh membantu mengurangkan ketegangan dalam pasaran makanan dunia ketika ini dan sudah tentu memerlukan sekatan yang dikenakan Barat ditarik balik dalam kadar segera,” kata Putin kepada Scholz.

Serangan Russia di Ukraine serta sekatan Barat menyebabkan bekalan baja, gandum dan komoditi lain antara kedua-dua negara itu terjejas.

Russia dan Ukraine mengeluarkan 30 peratus bekalan gandum dunia.

Selain itu, Putin memberitahu kedua-dua pemimpin bahawa terdapat sejumlah isu berkaitan penghantaran gandum Ukraine yang terkandas di Laut Hitam.

“Russia bersedia untuk menghantar bekalan kira-kira 300 tan bijirin untuk pasaran dunia dari pelabuhan di Odesa di Ukraine.

“Bagi tujuan tersebut sudah tentu Russia mahukan situasi timbal balik, termasuk Barat menarik semula sekatan yang dikenakan terhadap negara ini.

“Moscow berkeras menyatakan krisis makanan dunia yang dihadapi ketika ini bukan berpunca dari perang Russia-Ukraine, sebaliknya tindakan ‘kurang bijak’ Barat,” kata responden Al-Jazeera di Moscow, Dorsa Jabbari.

Terkini

Berita Berkaitan