Tentera Houthi Yemen sah akan langgar Israel, sudah hujankan drone dan peluru berpandu ke atas negara haram itu

SANAA, Yemen – Kumpulan pemberontak Houthi di Yemen mengisytiharkan ‘perang’ ke atas Israel dengan melancarkan peluru berpandu dan dron dari selatan negara itu semalam ke arah bandar Eilat, lapor portal berita Express UK.

Houthi adalah sebahagian daripada ‘paksi penentangan’ Iran dan telah menyokong Hamas sejak kumpulan pejuang Palestin itu melancarkan serangan pada 7 Oktober lalu.

Mereka telah berperang dengan pemerintah Yemen yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sejak 2014 dan menguasai bandar ibu kota, Sanaa.

Jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree berkata, pasukannya melancarkan sejumlah besar peluru berpandu dan dron ke arah Israel dan akan terus menyerang bagi membantu Palestin mencapai kemenangan.

Walaupun Houthi telah melancarkan peluru berpandu ke atas Tel Aviv sejak Rejim Zionis mengisytiharkan perang ke atas Hamas, ini adalah kali pertama kumpulan tersebut secara terbuka mengakui serangan itu.

Kenyataan Yahya di televisyen mengesahkan kebimbangan bahawa konflik Palestin-Israel boleh merebak ke rantau Asia Barat dengan pelbagai pihak menyertai Iran dalam membantu Hamas menentang Israel.

“Angkatan Bersenjata Yemen mengesahkan bahawa operasi ini adalah operasi ketiga untuk menyokong saudara kita yang ditindas di Palestin. Kita akan terus melakukan lebih banyak serangan menggunakan peluru berpandu dan dron sehingga Israel menghentikan pencerobohan,” tegas Yahya. – Agensi

Terkini

Berita Berkaitan