PAS menang tiada tandingan di Kemaman

Pengundi Kemaman keluar mengundi hari ini untuk memilih ahli parlimen baru.

Ini merupakan kali ketiga pengundi Kemaman keluar mengundi sejak November tahun lalu. Pilihan raya kecil (PRK) kali ini diadakan selepas Che Alias Hamid dari Perikatan Nasional (PN) kehilangan kerusinya susulan petisyen pilihan raya.

Saingan kali ini akan menyaksikan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Naib Presiden PAS mempertahankan kerusi PN menentang Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dari BN, yang merupakan bekas panglima angkatan tentera Malaysia.

“Walaupun begitu sekiranya di suatu masa akan datang diberikan amanah oleh parti dan juga rakyat, saya akan pertimbangkan perkara itu,” katanya.


RASMI: Samsuri menang dengan majoriti lebih 37,000 undi

10:10 malam – Calon Perikatan Nasional (PN) yang juga Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar secara rasmi berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kemaman.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Kemaman Ahmad Farhan Abdul Wahab di pusat penjumlahan undi di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman, Kemaman, malam ini.

Ahmad Samsuri berjaya meraih 64,998 undi, manakala Raja Mohamed Affandi mendapat 27,778 undi sekali gus merekodkan majoriti 37, 220.

Sebanyak 428 undi rosak dan 35 kertas undi tidak dikembalikan.

Peratusan keluar mengundi adalah 65.76 peratus.

Terkini

Berita Berkaitan