Sah mereka wujud!! Mumia ditemui di Peru miliki 30 peratus DNA ‘spesies tidak diketahui’

BANDAR RAYA MEXICO  – Sepasukan penyelidik mendedahkan bahawa dua mumia yang ditemui di Peru mempunyai asid deoksiribonukleik (DNA) ‘spesies tidak diketahui’, lapor portal berita MailOnline.

Seorang penyiasat objek terbang tidak dikenali (UFO), Jaime Maussan beberapa kali mengadakan pembentangan di Kongres Mexico bagi membuktikan bahawa mumia itu ialah makhluk asing.

Dalam percubaan baru-baru ini, analisis Maussan bersama pasukannya mendapati 30 peratus DNA mumia itu dikenal pasti daripada ‘spesies tidak dikenali’, manakala 70 peratus lagi belum didedahkan.

“Ini adalah kali pertama hidupan luar angkasa dibentangkan dengan cara ini.

“Kami mempunyai contoh jelas spesimen bukan manusia yang tidak berkaitan dengan mana-mana spesies diketahui di planet kita,” kata Maussan kepada Kongres.

Kedua-dua mumia itu mempunyai tulang yang tegap, tidak bergigi selain mempunyai implan yang diperbuat daripada unsur-unsur yang jarang ditemui di Bumi seperti kadmium logam lembut, sekerat putih dan osmium logam putih kebiruan.

Maussan mendakwa, kajian komposisi karbon yang dijalankan oleh Universiti Autonomi Kebangsaan Mexico (UNAM) mendapati bahawa makhluk itu sudah berusia lebih 1,000 tahun.

Terkini

Berita Berkaitan