Monday, March 27, 2023

Orang ramai terkejut melihat tumbuhan misteri tumbuh pada pili bomba

Tumbuhan misteri warna merah pada pili bomba...

Dah macam kanopi bila netizen sindir DS VIDA

“Sah ke solat pakai kanopi?”, netizen sindir...

PANAS BERDENTUM!! Laporan siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah?

Salinan dokumen yang didakwa laporan Suruhanjaya Pencegahan...

Masak kita oii! Dunia ditawan varian Delta, sekatan Covid-19 dipertingkat

LONDON: Pihak berkuasa di kebanyakan negara ketika ini berlumba-lumba untuk menangani penularan varian Delta yang lebih mudah berjangkit dan dikenal pasti menyebabkan lonjakan kes baharu Covid-19 di serata dunia.

Meskipun kempen vaksinasi berjaya menurunkan kes jangkitan Covid-19 di kebanyakan negara kaya namun penularan varian Delta menimbulkan kebimbangan akan kemunculan gelombang baharu yang lebih kritikal.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sidang akhbar mengakui wujudnya kebimbangan besar di seluruh dunia mengenai varian Delta.

Di Bangladesh, pihak berkuasa mengumumkan perintah berkurung baharu di seluruh negara mulai Isnin (hari ini) selepas menyaksikan lonjakan kes berkaitan varian Delta.

Semua pejabat diarahkan ditutup selama seminggu dan hanya pengangkutan berkaitan perubatan dibenarkan di negara itu.

Di Australia pula, negeri paling padat dengan penduduk, New South Wales melaporkan sebanyak 30 kes Covid-19 baharu ketika Sydney memasuki minggu kedua perintah berkurung.

Kes varian Delta yang dilaporkan di negara itu kini sebanyak 110 kes.

Berkaitan