Sunday, May 28, 2023

Kematian kanak-kanak di Kluang bukan disebabkan stroke haba

Kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun...

K’jaan Perpaduan selesai isu air di Kedah jika dapat mandat PRN kata TPM

Kerajaan Perpaduan memberikan jaminan akan menyelesaikan isu...

Ikan pari lahir anak tanpa pasangan

AUCKLAND: Dua ekor ikan pari helang di sini dilaporkan melahirkan anak tanpa pasangan pari jantan di dalam akuarium yang menempatkan hidupan laut tersebut.

Lapor The Guardian, ikan pari helang yang diberi nama Nibble dan Spot itu dipamerkan di Akuarium SEA Life Kelly Tartton di sini.

Kedua-dua ikan pari tersebut dikesan melahirkan anak pada malam Tahun Baharu yang lepas.

Keadaan itu menimbulkan pelbagai persoalan kepada kumpulan pakar hidupan laut mengenai bagaimana pari betina boleh lahirkan anak tanpa pasangan.

Kurator di akuarium tersebut, Andrew Christie berkata, kemungkinan besar dua ikan pari betina itu menyimpan sperma dari pasangan mereka sebelum ini sebelum disenyawakan.

‘Penyimpanan sperma’ merupakan strategi biasa yang digunakan oleh sejumlah spesies ikan, termasuk serangga, kelawar dan kura-kura susulan kesukaran untuk mencari pasangan mengawan.

Utusan

Berkaitan