Apalah nasib ayam, Undang-undang ‘lindungi’ bunyi kokokan ayam

PERANCIS: Seorang senator memberikan kelulusan pelaksanaan undang-undang alam sekitar bagi melindungi warisan semula jadi termasuk bunyi kokokan ayam yang menjadi perbualan hangat di negara ini.

The Guardian melaporkan, undang-undang itu muncul susulan konflik kes profil tinggi oleh penduduk kampung dan pelancong yang berlarutan sejak sekian lama.

Senator, Pierre Antoine Levi berkata, undang-undang itu boleh dijadikan sebagai garis panduan oleh pegawai kerajaan tempatan ketika mereka melakukan tugas atau menerangkan sesuatu isu berkaitan kepada penduduk awam.

Pada 2019, seekor ayam jantan bernama Maurice milik Corinne Fesseau menjadi tumpuan pelbagai pihak selepas mahkamah di barat Perancis menolak tuntutan untuk ‘mendiamkan’ haiwan itu daripada berbunyi oleh jirannya yang sedang bercuti.

Menteri Hal Ehwal Penduduk Luar Bandar, Joel Giraud berkata, pengunjung yang tinggal di kawasan luar bandar perlu menerima sesetengah bunyi bising.

Bunyi loceng lembu, bunyi belalang dan traktor pada waktu pagi diiktiraf sebahagian daripada warisan semula jadi yang akan digazetkan dalam undang-undang alam sekitar itu dengan ribuan orang menandatangani petisyen ‘Selamatkan Maurice’.

Terkini

Berita Berkaitan