Biawak besar hitam dan gemuk masuk bilik air wanita, medatangkan panik

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seekor biawak besar menceroboh masuk ke dalam sebuah bilik air melalui lubang udara, lapor laman berita Liputan 6 hari ini.

Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @alyaaziyya.

Menurut pemilik akaun tersebut, kejadian itu berlaku selepas dia bangun dari tidur pada waktu siang.

Apabila memasuki bilik air, wanita itu ternampak seekor biawak hitam tersangkut pada lubang udara bilik airnya.

Dia kemudian bersembunyi di sebalik pintu tandas dan merakam biawak itu melihat kawasan di dalam bilik air.

Wanita itu sempat meminta bantuan daripada pengawal keselamatan, namun dia tidak datang ke rumah mangsa. Akhirnya biawak itu berjaya masuk ke dalam rumahnya.

Orang ramai memenuhi ruangan komen kerana aksi biawak itu dianggap menakutkan.

“Jumpa cicak dalam bilik air pun dah trauma, berani betul perempuan ni. Kalau saya jadi awak memang saya panggil mak,” komen seorang netizen.

“Gemuk betul biawak ni, nak keluar tersangkut pula,” komen netizen lain. – Agensi

 

Terkini

Berita Berkaitan