Tiada maklum balas pengampunan diraja untuk Najib – Muhammad Shafee

PETALING JAYA – Peguam yang mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang maklum balas sejak permohonan pengampunan diraja terhadap bekas Perdana Menteri itu dibuat 10 bulan lalu.

Jelas Muhammad Shafee, beliau akan mengemukakan surat kepada Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi) bagi mengingatkan kembali perkara tersebut.

“Kita akan membangkitkan perkara itu sekali lagi agar dipersembahkan untuk pertimbangan Yang di-Pertuan Agong dan kita akan lakukanya esok,” katanya ketika menjadi panel podcast Keluar Sekejap kendalian bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan hari ini.

Terdahulu, Khairy Jamaluddin meminta Muhammad Shafee berkongsi perkembangan terkini berhubung proses permohonan pengampunan diraja yang telah dibuat sebelum ini terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan itu.

Sebelum ini, Najib telah memfailkan permohonan pengampunan diraja setelah Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022 mengekalkan sabitan dan hukuman penjara itu serta denda RM210 juta setelah didapati bersalah dalam kes melibatkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. – KOSMO! ONLINE.

Terkini

Berita Berkaitan