Penipuan pakej Umrah akhirnya terungkai, ini puncanya….

Isu berkaitan pakej pelancongan, terutamanya penipuan yang melibatkan haji dan umrah,

Merupakan antara aduan tertinggi yang diterima oleh Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) sejak empat tahun yang lalu.

Dalam tempoh antara 2019 hingga 2022, NCCC menerima 5,518 aduan berkaitan pakej pelancongan daripada pengguna, dengan 2,028 daripadanya melibatkan unsur penipuan.

Pengurus NCCC, Saral James Maniam, mendedahkan bahawa secara keseluruhan, terdapat lima isu utama berkaitan pakej pelancongan, dengan empat isu lain berkisar pada isu pembayaran balik, tempahan hotel, aduan berkaitan harga, dan pembatalan tempahan hotel dalam talian.

Saral James berkata, aduan berkaitan dengan isu penipuan pakej pelancongan, termasuk haji dan umrah, melibatkan nilai kerugian yang melebihi RM100,000.

Sehubungan itu, beliau berkata, dalam kebanyakan kes NCCC mendapati sikap pengguna sendiri yang tidak membuat pemeriksaan latar belakang terhadap syarikat yang menawarkan pakej pelancongan sehingga mereka menjadi mangsa penipuan.

“Ada kes pengguna sekadar baca review (ulasan) di internet dan terpengaruh dengan komen positif, sedangkan semua komen tidak baik ‘ditolak’ ke bawah sehingga orang ramai tidak sedar.

“NCCC berharap orang ramai lebih berwaspada mengenai pakej pelancongan yang dilihat menarik, termasuk yang menawarkan harga murah,” katanya kepada BH.

Mengulas mengenai modus operandi digunakan, Saral James berkata, agensi berkaitan biasanya menawarkan harga pakej pelancongan murah dengan memasukkan pakej makanan dan aktiviti yang menarik.

Selain itu, beliau berkata, ada juga kes apabila ejen pelancongan hilang secara tiba-tiba selepas bayaran deposit dibuat pelanggan.

“Ada juga syarikat pengendali menunda tarikh tanpa mengambil kira kesesuaian pelanggan.

“Bagi isu bayaran balik pula, ada aduan diterima berkaitan kesihatan pengguna yang mendapat surat rasmi doktor bagi tujuan menangguh tarikh tempahan, tetapi tidak mendapat bayaran balik atau penjadualan semula pakej pelancongan,” katanya.

Selain membabitkan pakej pelancongan, NCCC turut merekodkan 3,299 aduan berkaitan lima isu penerbangan sepanjang tempoh yang sama.

Isu tempahan penerbangan dalam talian menduduki tempat pertama dengan 1,128 aduan, diikuti oleh isu penjadualan semula penerbangan (1,015 aduan), pertikaian tambang penerbangan (284), pembatalan penerbangan (452), dan penundaan penerbangan (420).

Saral James menekankan bahawa kebanyakan aduan berkaitan dengan isu bayaran balik dan penjadualan semula penerbangan pada tarikh baharu yang tidak sesuai dengan pelanggan. Beliau menambah bahawa tindakan ini sering kali menyebabkan pengadu terpaksa membeli tiket penerbangan baharu dengan belanja yang tinggi akibat penundaan penerbangan sambungan.

Bagi menangani masalah ini, Saral James menasihati pengguna untuk lebih berhati-hati dan memberikan peringatan tentang pakej pelancongan yang nampaknya terlalu menarik.

Sumber

Terkini

Berita Berkaitan