Bekas setiausaha politik kepada MB Kedah didakwa terima rasuah berjumlah RM400 ribu

Bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan meminta dan menerima rasuah

Berjumlah RM400,000 yang melibatkan unsur nadir bumi (REE) di sekitar negeri tersebut.

Tertuduh, Mohamad Hilmi Abdul Wahab, 50, mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Bekas setiausaha politik kepada MB Kedah didakwa terima rasuah RM400,000

“Saya faham, mengaku tidak bersalah,” katanya.

Mengikut pertuduhan pertama, Mohamad Hilmi didakwa meminta suapan wang tunai berjumlah RM250,000 daripada Pengarah Syarikat Kumpulan Perlombongan REE Sdn Bhd, Liana Mamat @ Khalid, 40, melalui Syed Muhammad Syid Aluvi, 34.

Ini sebagai insentif kepada tertuduh sebagai Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk membantu syarikat tersebut mendapatkan kelulusan permohonan Lesen Perlombongan dan Lesen Penjelajahan REE di sekitar Kedah.

Kesalahan tersebut didakwa berlaku di sebuah rumah di Sunway Kiara Hills, Taman Sri Hartamas di sini, pada 4 Julai lalu.

Dia juga didakwa menerima suapan wang tunai berjumlah RM150,000 daripada individu yang sama (Liana) bagi tujuan yang serupa di sebuah restoran di Desa Sri Hartamas di sini, pada 11 Julai lalu.

Pertuduhan ini adalah mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi subjek kesalahan, jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sumber

Terkini

Berita Berkaitan