TERGEMPAR!! Rentas negeri dibenarkan bila capai 90 peratus dewasa divaksin

Rentas negeri dibenarkan bila capai 90 peratus dewasa divaksin. Pembukaan pusat pelancongan dan kebenaran rentas negeri dibenarkan dengan syarat mencapai 90% kadar vaksinasi dewasa.

Dalam kenyataan, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kedai runcit, mini market, restoran, stesen minyak dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 12 malam berkuatkuasa 23 September.

Ismail berkata, keputusan itu dibuat menerusi mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik hari ini berdasarkan penilaian risiko semasa oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau turut mengumumkan, Negeri Sembilan beralih ke Fasa 4, Pahang ke Fasa 3 dan Johor ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 24 September.

“Operasi perniagaan spa, pusat kesihatan (wellness), dan urut kesihatan dibenarkan kepada pengunjung dan operator yang telah menerima dos lengkap vaksin bermula 1 Oktober.

“Begitu juga dengan premis pelancongan seperti zoo, perladangan, akuarium, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing dan taman rimba,” katanya.

Sementara itu, Ismail berkata kehadiran pekerja bagi setiap perniagaan yang dibenarkan beroperasi adalah pada kapasiti 100% dengan syarat majikan dan semua pekerja lengkap divaksin.

Beliau turut memaklumkan warga asing yang tiba di pintu masuk antarabangsa perlu menanggung kos ujian RT-PCR di pintu masuk negara, manakala bagi warganegara adalah percuma.

“Kerajaan menyeru dengan kelonggaran diberikan ini, ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat dengan penuh disiplin dan rasa tanggungjawab.

“Patuhilah setiap SOP yang ditetapkan, pakai pelitup muka, amalkan penjarakan fizikal dan sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan diri,” katanya.

Pada 21 September, 80.2% populasi dewasa sudah divaksinasi sepenuhnya, walaupun hanya 57.5% daripada jumlah populasi mencapai tahap imunisasi.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/22/rentas-negeri-bila-90-dewasa-divaksin/

Terkini

Berita Berkaitan