PRN: Tiket bas ‘online’ ke Kelantan licin dibeli oleh anak perantau

BACHOK: Ahli Parlimen Bachok Mohd Syahir Che Sulaiman mendakwa tiket bas untuk balik ke negeri ini untuk mengundi pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini ke yang dijual secara ‘online’ sudah licin dibeli oleh anak-anak perantau.

Mohd. Syahir berkata, tiket tersebut habis terjual sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat pengumuman berkait dengan tarikh PRN.

Menurutnya, situasi itu membuat Pas begitu teruja melihat semangat yang ditunjukan oleh anak-anak Kelantan di perantauan.

“Ia memberi isyarat gelombang anak-anak perantauan untuk pulang mengundi cukup tinggi.

“Sebaik sahaja pengumuman dibuat (tarikh PRN) mereka (anak-anak perantau) mula bising (berkait PRN),” katanya semasa berucap pada ceramah Ppakat Pertahan Kelantan: Pas Pilihanku di Pekarangan Kompleks Pendidikan Islam, Badak di sini malam tadi.

Turut hadir berceramah Presiden Muafakat Nasional (MN) Tan Sri Annuar Musa.

Mohd. Syahir memberitahu, menjelang PRN harga jualan tiket kapal terbang untuk pulang ke negeri ini pula bukan calang-calang.

Katanya, difahamkan tiket pergi dan balik ke negeri ini sudah mencecah harga kayangan hampir RM1,000.-UTUSAN

Terkini

Berita Berkaitan