Monday, December 5, 2022

Panas! Muhyiddin minta Adun PH berpaling tadah bagi jatuhkan PH di Selangor

Naib Presiden PKR, Amirudin Shari mendakwa Pengerusi...

Hebat! Usaha sedang dibuat agar Jemaah Menteri Anwar tak tahan lama, kata Shahidan

Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim mendakwa usaha...

Pelantikan Ahmad Zahid dibuat berdasarkan hierarki dalam parti kata Ahmad Maslan

Keputusan melantik Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid...

Gempar! Syed Saddiq arah pindah RM120,000 ke akaun peribadinya – Saksi

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memindahkan wang RM120,000 dari akaun Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE) ke dalam akaun peribadi miliknya bagi tujuan berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nurul Hidayah Kamarudin, dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, berkata bagaimanapun wang itu tidak digunakan untuk kempen PRU-14 di Parlimen Muar.

Menurut Nurul Hidayah, sebaliknya wang berkenaan dimasukkan ke dalam akaun ASB milik Syed Saddiq sebanyak RM100,000 pada Jun 2018 menerusi dua transaksi.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Afif Ali, berhubung sumber wang yang dimasukkan ke dalam akaun ABBE, Nurul Hidayah, menjawab: “hasil penjualan cenderahati Armada, kemeja-T dan sumbangan.”

Mohd Afif: Ada tak siasat mengenai aktiviti dijalankan oleh Armada, di mana wang dimasukkan ke dalam akaun ABBE?

Nurul Hidayah: Mengadakan majlis makan untuk kutipan dana daripada orang ramai.

“Terdapat dua majlis makan yang diadakan di Muar dan Majlis Makan di De Palma Hotel, Ampang pada 7 dan 8 Mei 2018,” katanya.

Mohd Afif: Wang kutipan dana dari majlis makan itu dimasukkan di mana?

Nurul Hidayah: Dimasukkan ke dalam akaun Maybank ABBE.

Saksi ke-28 pendakwaan itu, memberitahu mahkamah Syed Saddiq kemudian mengarahkan Rafiq Hakim Razali yang ketika itu Penolong Bendahari Armada, BERSATU memindahkan RM30,000 dari akaun ABBE ke dalam akaun peribadi Maybank milik Syed Saddiq pada 8, 11,12 dan 21 Mei 2018.

Pada prosiding perbicaraan sebelah petang, suasana di dalam mahkamah bertukar sedikit tegang apabila peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Syed Saddiq meninggikan suara ketika menyoal balas saksi sama.

Ia berikutan saksi berkenaan tidak menjawab beberapa soalan yang dikemukakan oleh peguam.

Tindakan itu menyebabkan Gobind terpaksa mengulang soalannya beberapa kali sebelum mula meninggikan suara terhadap saksi.

Sementara itu, pada awal prosiding perbicaraan kes berkenaan, pihak pendakwaan diarah untuk menyerahkan salinan percakapan Rafiq Hakim yang dirakam oleh SPRM kepada mahkamah.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas bersetuju pihak pembelaan berjaya membuktikan terdapat perbezaan dalam keterangan lisan yang turut diakui oleh pendakwaan berbanding dengan percakapan yang diberikan di bawah Akta 30 SPRM.

Sehubungan itu, katanya, mahkamah mengarahkan pihak pendakwaan untuk menyerahkan salinan percakapan saksi ke-13 pendakwaan untuk penelitian dan pertimbangan sebelum tindakan seterusnya ditentukan.

Mendengar keputusan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, kemudian bertanya sama ada salinan perlu diserahkan kepada mahkamah saja.

Mahkamah kemudian memaklumkan salinan percakapan perlu diserahkan kepada mahkamah terlebih dulu untuk penelitian bagi mengesahkan perbezaan yang terdapat dalam keterangan lisan saksi dan percakapan berkenaan.

“Mahkamah kemudian akan menentukan permohonan untuk mencabar kredibiliti saksi,” katanya.

Mengikut pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini, pada 6 Mac 2020 mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun, sebat dan dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang terbabit.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/07/980189/syed-saddiq-arah-pindah-rm120000-ke-akaun-peribadinya-saksi?fbclid=IwAR1R_mQvK7WUGZxj38jyIrWSZmYdHygs-9hGcXNH765HUGmZzTOYGqRia3g

Berkaitan