Rupa-rupanya Azilah bertemu ‘VVIP’ di luar penjara kata peguam

Makin panas berdentum berkenaan SD Azilah yang mengaitkan Najib Razak yang arahkan membunuh Altantuya.

Kalau anda mampu berfikir dengan waras, sudahlah dijatuhkan hukum, malah ketika pru13 dahulu isu inilah dijadikan modal oleh PKR, DAP untuk mengenakan Najib Razak.

Tiba-tiba setelah Azilah dijatuhkan hukuman gantung, tiba-tiba, muncul SD ini yang cukup mengejutkan dan ibarat ada perancangan jahat mengenakan Najib Razak.

Kita tunggu peguam Najib akan lawan berkenaan hal ini, siapa dibelakang tabir untuk mengalih tumpuan rakyat yang sekarang sedang tertekan dengan ekonomi yang perlahan.

Baca lampiran dibawah ini

Azilah bertemu ‘VVIP’ di luar penjara -Shafee

PUTRAJAYA – Peguam terkenal, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah melahirkan rasa hairan bagaimanakah seseorang yang sudah dijatuhkan hukuman gantung boleh diberikan akses untuk bertemu seorang individu ternama ‘VVIP’ di luar penjara Kajang.

Banduan yang dimaksudkan oleh Shafee adalah bekas pegawai Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri yang menunggu hukuman gantung selepas didapati membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Shafee bagaimanapun berkata, maklumat itu tidak dapat disahkan olehnya sebaliknya dimaklumkan kepadanya oleh sumber yang boleh dipercayai.

“Pertemuan antara Azilah dan VVIP ini telah mengambil tempat pada awal Februari tahun ini. Bagaimanakah seorang banduan hukuman gantung boleh keluar dan bertemu VVIP ini di luar? Bagaimana ini berlaku?

“Tentunya saya tidak dapat sahkan maklumat ini tetapi pemberi maklumat yang boleh dipercayai. Pertemuan ini bukan dalam penjara sebaliknya luar penjara. Apabila seorang banduan yang sudah ditetapkan hukuman gantung, bagaimanakah dia boleh di bawa keluar begitu?

“Ini sudah melanggar undang-undang dan protokol. Saya sedang tunggu pengesahan rasmi ketika ini,” katanya kepada pemberita di sini.

Shafee hadir hari ini sebagai pencelah bagi permohonan yang telah dikemukakan oleh Azilah dalam kes yang membabitkan anak guamnya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Azilah melalui peguam J Kuldeep Kumar telah memohon untuk mengetepikan hukuman gantung terhadapnya dan mahu kes berprofil tinggi itu di bicarakan semula.

Dalam pada itu, Shafee juga mendakwa ada beberapa individu termasuk ejen Malaysia serta wartawan Australia yang telah melawat seorang lagi bekas anggota polis, Sirul Azhar di pusat tahanan di Australia awal tahun ini.

Dakwa Shafee, kumpulan ini dipercayai cuba ‘memujuk’ Sirul supaya membuat kenyataan hampir serupa seperti Azilah terhadap Najib.

“Semua ini adalah plot terancang seseorang yang mahu mengenakan Najib sebenarnya.

“Saya juga tidak akan sesekali terkejut seandainya selepas ini Sirul pula bertindak seperti Azilah. Memang ada pihak termasuk ejen Malaysia dan wartawan Australia yang cuba memujuknya,” dakwanya. –MalaysiaGazette

Terkini

Berita Berkaitan