Sunday, December 4, 2022

Pelantikan Ahmad Zahid dibuat berdasarkan hierarki dalam parti kata Ahmad Maslan

Keputusan melantik Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid...

Panas! Ini kerajaan ‘luar tabii’ kata Sanusi

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor...

Terkini! Empat senator angkat sumpah di Dewan Negara

Empat senator mengangkat sumpah di Dewan Negara...

Tiada desakan untuk Anwar berundur, beliau masih ada aura sebagai ketua pembangkang

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan terdapat desakan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin menegaskan, dakwaan itu merupakan fitnah jahat yang cuba memecah-belahkan gabungan tersebut.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya wujud khabar angin itu dan tidak timbul desakan oleh kedua-dua komponen penting Pakatan Harapan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang.

“Yang kita bincangkan adalah ke depan ini bagaimana kita akan bawa suara rakyat bersama rakan-rakan pembangkang lain yang telah kita tunjukkan semasa pemilihan Perdana Menteri kesembilan.

“Saya percaya ada puak yang tidak senang dengan muafakat ini dan mereka mencipta khabar angin yang berniat jahat dan tentunya perkara ini tidak timbul sama sekali,” jelas beliau kepada Astro AWANI.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad juga menafikan khabar angin itu dan menegaskan Anwar tidak boleh disalahkan ekoran kegagalan mengambil alih kerajaan.

“Suara-suara dari mereka yang rasa kecewa kerana tidak berjaya ambil alih kerajaan tempoh hari. Tidak boleh disalahkanDSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kerana 220 MP (Ahli Parlimen) yang memilih terdiri dari mereka yang sudah berpihak.

“Paling kurang kita berjaya dapat satu padukan pembangkang dan mendapat 105 undi, walaupun pihak lawan bertungkus lumus ingin melaga-lagakan kita,” katanya kepada Astro AWANI menerusi aplikasi WhatsApp.

Satu sumber yang rapat dengan PH memaklumkan kepada Astro AWANI terdapat desakan supaya Anwar meletak jawatan sebagai pengerusi gabungan tersebut.

Sumber itu memberitahu, desakan itu disuarakan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH yang diadakan pada petang Isnin.

Desakan agar Anwar meletak jawatan itu dibuat selepas pemimpin DAP dan Amanah mahu PH mendapatkan ketua yang baharu dan menjalinkan kerjasama dengan lebih luas dengan parti lain.

https://www.astroawani.com/berita-politik/pkr-amanah-nafi-ada-desakan-minta-anwar-letak-jawatan-315639

Berkaitan