Tuesday, May 30, 2023

Kematian kanak-kanak di Kluang bukan disebabkan stroke haba

Kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun...

K’jaan Perpaduan selesai isu air di Kedah jika dapat mandat PRN kata TPM

Kerajaan Perpaduan memberikan jaminan akan menyelesaikan isu...

Terkini!! Tarik sokongan, kerajaan sedia hadapi pilihan raya – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan jika pilihan raya umum terpaksa diadakan dalam tempoh terdekat.

Katanya, ia termasuk jika ada pihak mahu menarik sokongan kepada kerajaan.

“Kalau ada pihak yang menarik sokongan dan kerajaan tumbang, maka pilihan raya perlu diadakan selepas itu.

“Kerajaan sentiasa bersedia menghadapi pilihan raya dalam apa juga keadaan. Kalau kita masih kekal, kita pertimbangkan tarikh pilihan raya mengikut kesesuaian dan saya sudah sebutkan pilihan raya akan tetap diadakan,” katanya selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan yang menyatakan Perikatan Nasional (PN) akan menarik sokongan kepada kerajaan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/985149/tarik-sokongan-kerajaan-sedia-hadapi-pilihan-raya-pm?fbclid=IwAR055Ypyiqh5Ry8X5QmfZFE7Axg4_WLT93Sl62Ta79aIAgFDwbko0igC-p8&mibextid=lPl56r&fs=e&s=cl

Berkaitan