Monday, December 5, 2022

Panas! Muhyiddin minta Adun PH berpaling tadah bagi jatuhkan PH di Selangor

Naib Presiden PKR, Amirudin Shari mendakwa Pengerusi...

Hebat! Usaha sedang dibuat agar Jemaah Menteri Anwar tak tahan lama, kata Shahidan

Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim mendakwa usaha...

Pelantikan Ahmad Zahid dibuat berdasarkan hierarki dalam parti kata Ahmad Maslan

Keputusan melantik Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid...

Terkini!! Bubar Parlimen pada Isnin?

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dijangka membuat satu pengumuman penting esok, terdapat spekulasi ia berkaitan pembubaran Parlimen.

Sekiranya Parlimen dibubarkan esok, sembilan bulan sebelum penggalnya tamat, pilihan raya umum kemungkinan diadakan pada minggu pertama Nov, berdasarkan amalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pilihan raya umum 2013 dan 2018.

Ismail dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini untuk mendapat perkenan baginda bagi membubarkan Parlimen.

Satu sumber peringkat tinggi kerajaan yang dihubungi FMT berkata, beliau tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat mengenai pertemuan itu

Bagaimanapun sumber itu memberitahu,”Saya percaya ada satu pengumuman penting dari perdana menteri esok,”.

Katanya, surat jemputan kepada media berhubung pengumuman itu akan dikeluarkan beberapa jam lagi.

Terdahulu, New Straits Times melaporkan, Ismail menghadap Yang di-Pertuan Agong pada tengah hari ini untuk mendapat perkenan bagi membubarkan Parlimen.

“Parlimen mungkin dibubarkan seawal-awalnya esok,” kata sumber yang dipetik New Straits Times.

PM dijangka buat pengumuman penting esok

Berkaitan