[PKR bergolak] Pemimpin pemuda mahu undi tidak percaya terhadap Anwar?

Pro Azmin dengan Pro Anwar sedang bertelagah sangat teruk menjelang Kongres PKR, masing-masing menggunakan pemimpin yang pro kepada kedua pemimpin besar PKR ini untuk mengeluarkan kenyataan panas.

Jadi benarlah, pergolakan PKR ini sudah tidak mampu diperbaiki lagi, retak menanti belah dan mungkin serangan terbuka terhadap individu tertentu bakal terjadi.

Buka aib dan menuduh rasuah, senjata itu pasti digunakan untuk menjatuhkan krealibiliti pemimpin atasan PKR, Azmin makin ketara menolak Anwar menjadi PM ke-8.

Anwar pula beriya yakin jawatan PM ke-8 tetap akan jadi miliknya pada Mei tahun hadapan.

Jadi kesimpulannya, apa akan jadi sekiranya PKR berpecah dua?

Siapa yang untung, siapa yang rugi?

Menjelang kongres, pemimpin Pemuda mahu undi tak percaya terhadap Anwar selepas surat Azmin, sekutu

PETALING JAYA: Sekumpulan pemimpin Pemuda PKR mahu usul undi tidak percaya terhadap presiden mereka, Anwar Ibrahim selepas Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali dan sekutu menolak keputusan parti memecat beberapa ahli baru-baru ini dan mahu Anwar memohon maaf.

Kumpulan terbabit, Naib Ketua Pemuda PKR Lembah Pantai, Nazrin Idham Razali bersama beberapa ahli jawatankuasanya berkata tindakan “mencantas” kepimpinan yang menyokong Azmin membawa kepada perpecahan yang teruk.

“Sehingga ramai menteri dan timbalan menteri PKR gagal menjalankan amanah dengan sempurna,” kata kumpulan Nazrin dalam kenyataan, merujuk kepada pemimpin pro-Anwar.

Mereka menuduh Anwar selaku presiden gagal menjalankan amanah, menghormati mandat ahli, dan menyempurnakan agenda reformasi.

Mereka juga tidak berpuas hati dengan tindakan Anwar mencanangkan beliau perdana menteri ke-8, menuduh Anwar fokus kepada agenda peribadi sahaja.

“Pada masa yang sama beliau tidak mahu bekerjasama dan berkhidmat kepada rakyat dalam kabinet Dr Mahathir Mohamed kerana beliau kini bertahap perdana menteri sahaja, bukan timbalan perdana menteri atau menteri,” katanya.

Anwar boleh dikatakan sebab untuk kewujudan PKR, dan disebut-sebut sebagai pengganti Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. PKR akan berkongres pada 5 hingga 8 Dis ini di Melaka.

Semalam, Azmin dan 19 ahli majlis pimpinan pusat menyifatkan keputusan memecat Zakaria Abdul Hamid sebagai tidak sah kerana tidak melalui proses sepatutnya, dan mahu Anwar memohon maaf atas “keterlanjuran” keputusan berkenaan. PKR menafikan tuduhan tersebut.

Ahad lepas, pengerusi Lembaga Disiplin Ahmad Kassim berkata, pihaknya mencadangkan Zakaria dan seorang anggota PKR dari Pahang Ismail Dulhadi dipecat atas nasihat SPRM kerana disyaki terbabit perbuatan rasuah.

Meskipun SPRM mengakui terkhilaf mengeluarkan cadangan tindakan tata tertib kepada parti politik, PKR menegaskan kandungan surat yang mendedahkan bukti salah laku dua ahli berkenaan tidak boleh dipertikaikan.

Zakaria bagaimanapun berkata tindakan diambil tanpa memanggilnya membela diri, dan berkata SPRM sendiri mengesahkan tiada pendakwaan akan dibuat terhadap beliau.

Sementara itu, salah seorang ahli jawatankuasa Pemuda PKR Lembah Pantai nafi terbabit dengan cadangan usul undi tidak percaya itu.

Mohd Faizal Yahya berkata namanya digunakan dalam kenyataan Nazrin tanpa pengetahuan dan persetujuannya.

“Saya menafi sekeras-kerasnya pembabitan atas isu yang dibawa oleh Nazrin yang menggunakan nama saya selaku AJK tanpa pengetahuan dan persetujuan saya dalam kenyataan beliau di dalam mana-mana media,” katanya di Facebook.

FMT

Terkini

Berita Berkaitan