Sunday, April 2, 2023

Orang ramai terkejut melihat tumbuhan misteri tumbuh pada pili bomba

Tumbuhan misteri warna merah pada pili bomba...

Dah macam kanopi bila netizen sindir DS VIDA

“Sah ke solat pakai kanopi?”, netizen sindir...

PANAS BERDENTUM!! Laporan siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah?

Salinan dokumen yang didakwa laporan Suruhanjaya Pencegahan...

Pendirian Bersatu diketahui petang ini

PUTRAJAYA: Pendirian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhubung dua keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan diputuskan dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Bersatu petang ini.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, perkara itu terlebih dahulu dibincangkan dalam mesyuarat Biro Politik petang semalam yang dipengerusikan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas MT UMNO memutuskan tiada kerjasama dengan Bersatu dalam PRU-15 dan kebersamaan dalam kerajaan Perikatan Nasional boleh diteruskan sehingga pembubaran Parlimen.

Katanya, keputusan itu dinyatakan dalam surat Presiden UMNO bertarikh 26 Februari lalu kepada Muhyiddin berhubung keputusan Mesyuarat MT UMNO pada 19 Februari lalu di Janda Baik, Pahang.

“Dalam hal ini, Biro Politik mengambil maklum keputusan Majlis Tertinggi UMNO itu.

“Pendirian tersebut akan dibincangkan juga dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional akan datang bersama parti-parti komponen Perikatan Nasional yang lain iaitu Pas, STAR, SAPP dan Gerakan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

https://www.utusan.com.my/berita/2021/03/pendirian-bersatu-diketahui-petang-ini/

Berkaitan