Pedih mat Najib bagi!! Mahathir sukakan kereta terbang, HSR tidak diperlukan kerana jaraknya terlalu ‘pendek’

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak terus mempertahankan projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dengan berkata ia akan memajukan pembangunan negara.

Najib turut menolak dakwaan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bahawa HSR tidak diperlukan kerana jarak antara kedua-dua bandar itu “terlalu pendek”.

“Nasib baik Tun M bukan perdana menteri di Indonesia dan Thailand sebab tak adalah negara-negara jiran tersebut buat projek HSR sebab jaraknya lagi pendek berbanding HSR KL-Singapura,” katanya di Facebook.

Najib berkata, HSR pertama Indonesia adalah dari Jakarta ke Bandung dengan jarak 142km dijangka siap tahun depan, manakala HSR pertama Thailand dari Bangkok ke Nakhon Ratchasima dengan jarak 253km dijangka siap pada 2026.

Katanya, HSR pertama Malaysia dari Kuala Lumpur ke Singapura pula dengan jarak menjangkau 350km, bagaimanapun ia ditangguh kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan dibatalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Mahathir seolah-olah tidak faham bahawa sektor KL-Singapura merupakan sektor penerbangan antara paling sibuk dalam dunia yang bakal menguntungkan kerana permintaannya yang tinggi.

“Pembangunan Johor Bahru, Iskandar Puteri, Batu Pahat, Muar, Melaka, Seremban, Putrajaya dan Kuala Lumpur akan mendapat manfaat besar. Maksudnya pulangan ekonomi dari projek ini adalah sangat besar. Melebihi RM500 bilion pada tahun-tahun mendatang,” katanya.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, projek berkenaan akan membangunkan lagi negeri selatan di Semenanjung dan meningkatkan sektor pelancongan, memandangkan Singapura merupakan hab penerbangan antarabangsa.

Kereta api elektrik HSR juga akan mengurangkan pencemaran udara dan mengurangkan tambang, katanya.

“Dia (Mahathir) lebih gemar buat kereta nasional ketiga dan projek kereta terbang. Sebab itu, keretapi laju tidak diperlukan. Rakyat boleh terbang ke sini ke sana dengan memandu kereta terbang,” katanya.

Najib turut mempersoalkan Mahathir yang berulang meratib bahawa negara sudah bankrap bawah kerajaan pimpinannya.

“Adakah lagi pelabur yang masih ingin melabur dalam negara sekiranya kerajaan tersebut sudah bankrup?”

Najib menjawab Mahathir, yang menyalahkannya kerana bersetuju dengan “perjanjian bodoh” dan “projek terlalu mahal” semasa memegang jawatan, menyebabkan negara ketinggalan di belakang negara jiran.

Pengerusi Pejuang itu memberitahu Najib untuk bertanya kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengapa Malaysia masih ketinggalan berbanding negara jiran, kini apabila Umno berkuasa.

Minggu lalu, Najib berkata negara ketinggalan di belakang negara jiran dan menyalahkannya atas keputusan kerajaan Pakatan Harapan yang membatalkan banyak projek. Beliau mendakwa pembatalan itu bermotifkan politik dan dilakukan dengan sewenang-wenangnya.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/07/20/dr-m-lebih-gemar-kereta-terbang-najib-pertahan-projek-hsr/

Terkini

Berita Berkaitan