Monday, March 27, 2023

Orang ramai terkejut melihat tumbuhan misteri tumbuh pada pili bomba

Tumbuhan misteri warna merah pada pili bomba...

Dah macam kanopi bila netizen sindir DS VIDA

“Sah ke solat pakai kanopi?”, netizen sindir...

PANAS BERDENTUM!! Laporan siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah?

Salinan dokumen yang didakwa laporan Suruhanjaya Pencegahan...

PANAS!! Muhyiddin dedah aib Zahid, tetapi adakah dalam Bersatu semuanya bersih? Soal Zaid Ibrahim

Tindakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedah dan mengaibkan keperibadian Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah perbuatan tidak wajar.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim berkata, strategi yang digunakan Muhyiddin itu umpama membuka pekong di dada dan seperti mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Katanya, sebelum membuka aib orang, Ahli Parlimen Pagoh itu perlu nilai sejauh mana imej dan maruah beliau serta pemimpin dalam parti Bersatu sendiri, adakah semuanya lebih bersih daripada UMNO?

“Dia (Muhyiddin) boleh mendedahkan dan mengaibkan Zahid Hamidi 24 jam sehari, tetapi ia tidak akan membuatkan orang ramai percaya bahawa Bersatu lebih bersih daripada UMNO,” katanya menerusi ciapan Twitternya.

Baru-baru ini, ketika berucap dalam program ceramah, Muhyiddin mendakwa, Ahmad Zahid ada berjumpanya dengan membawa fail mahkamah bertimbun-timbun untuk selesaikan kesnya.

Dia membawa isu itu ke serata ceramahnya di Johor dengan tujuan untuk mendedah dan mengaibkan Ahmad Zahid, katanya. – MalaysiaGazette

Muhyiddin dedah aib Zahid, tetapi adakah dalam Bersatu semuanya bersih? – Zaid

Berkaitan