PANAS!! Lebih ramai dijangka keluar Bersatu, kata penganalisis

Pemimpin Barisan Nasional (BN) dan penganalisis berkata lebih ramai ahli Bersatu akan meninggalkan parti itu menjelang pilihan raya negeri (PRN) Johor dan mereka yang berbuat demikian berkemungkinan “oportunis politik”.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata beliau menjangkakan lebih ramai ahli Bersatu mengambil langkah itu selepas bekas Ketua Bersatu Johor Mazlan Bujang keluar parti dan kini nasib Umno dan Bersatu nampaknya telah berubah.

“Ia adalah kumpulan ahli politik sama yang meninggalkan Umno untuk Bersatu apabila tanda-tanda muncul ketika pilihan raya umum (PRU) 2018 bahawa (bekas Presiden Umno) Najib Razak kalah,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata berada di pihak yang menang dilihat amat penting untuk ahli-ahli itu bagi membolehkan mereka terus dapat membuat “keuntungan yang cepat” dalam politik.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid.

“Mereka harus dilayan secara berhati-hati dan tidak dijadikan calon untuk sekurang-kurangnya 10 tahun, biar mereka buktikan keikhlasan untuk berkhidmat kepada rakyat, bukan diri sendiri.

“Anda boleh memaafkan muka lama itu tetapi jangan pernah lupakan bahawa dia bersedia untuk meninggalkan anda ketika anda hampir jatuh,” kata penganalisis itu.

Sebaliknya, beliau berkata Umno harus memberi tumpuan untuk merekrut pemimpin politik muda dan bukannya “muka lama” bekas ahli Bersatu itu yang “membawa terlalu banyak bebanan”.

Isham Jalil.

Pengarah Komunikasi BN Isham Jalil berkata Bersatu tidak lagi boleh dipertahankan dari segi politik apabila ahli mereka dilihat sebagai “pelompat parti yang opportunis dan penipu manifesto” oleh pengundi.

“Pengundi tidak suka perkara seperti itu, seperti yang dibuktikan dalam pilihan raya kecil (PRK) dan PRN baru-baru ini di mana Bersatu kalah teruk,” kata Isham.

Katanya, ia mendatangkan risiko kepada BN untuk terus membenarkan pembelot bertanding di bawah tiket mereka serta merta.

“Jika kita terus memberikan kerusi untuk mereka bertanding, kita berisiko kalah dalam pilihan raya kerana pengundi akan menghukum kami kerana menyokong pelompat parti,” katanya kepada FMT.

Khamis lalu, Mazlan, yang juga Ketua Bersatu Bahagian Tebrau, mengumumkan keluar parti.

Katanya, beliau tidak akan menyertai mana-mana parti tetapi menyokong BN.

Sebelum ini, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangas itu berkata beliau tidak akan bertanding pada PRN Johor di bawah Bersatu kerana tidak mempunyai persefahaman dengan Presiden Muhyiddin Yassin.

Mazlan berkata pemimpin Bersatu Tebrau lain dan 23 ketua cawangan turut meletakkan jawatan daripada parti itu.

Lebih ramai dijangka keluar Bersatu, kata penganalisis

Terkini

Berita Berkaitan