Panas!! Kita jumpa di Mahkamah kata Sanusi

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor sedia  bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah berikutan kes saman fitnah terhadapnya oleh Perdana Menteri semalam.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun telah memfailkan saman fitnah terhadap Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah didakwa bertindak memfitnahnya dalam satu ucapan di ceramah kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) November lepas.

Dalam satu catatan di laman sosial Facebook miliknya, kata Muhammad Sanusi, beliau hanya sekadar bercakap tentang sejarah susulan dakwaannya terhadap Anwar yang dikaitkan dengan ‘perwatakan tidak bermoral’.

“Jumpa di mahkamah lah… kita kisahkan tentang sejarah…,” tulisnya ringkas sambil memuat naik dokumen mahkamah.

Anwar mendakwa Sanusi telah memfitnahnya dalam satu ceramah kempen pilihan raya di Tambun, Perak pada 13 November lalu.

Saman itu telah difailkan melalui Tetuan SN Nair & Partner di Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah semalam dengan menamakan Muhammad Sanusi sebagai defendan tunggal.

Dalam penyataan tuntutan, Anwar mendakwa Muhammad Sanusi telah bertindak memfitnahnya dalam satu ucapan di ceramah kempen pilihan raya sebagai menyokong calon PN bagi Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Dakwa Anwar sebagai plaintif, dalam ceramah itu antaranya membawa maksud beliau telah menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya, selain merupakan seorang pembohong.

Selain itu dakwa beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun, ceramah itu membawa maksud beliau telah mengkhianati mandat rakyat selain seorang penjenayah walaupun pengampunan penuh telah diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu.

Ratusan menghadiri ceramah itu dakwa Anwar sambil mendakwa ucapan itu kemudian diterbitkan dan disiarkan secara siaran langsung melalui laman sosial Facebook di bawah nama ‘Faizal Azumu’.

Ceramah itu kemudian mendapat tontonan melebihi 88,000 kali, 531 reaksi, 58 kali perkongsian dan 384 komen, setakat tarikh pemfailan saman itu. -MalaysiaGazette

Terkini

Berita Berkaitan