Monday, December 5, 2022

Panas! Muhyiddin minta Adun PH berpaling tadah bagi jatuhkan PH di Selangor

Naib Presiden PKR, Amirudin Shari mendakwa Pengerusi...

Hebat! Usaha sedang dibuat agar Jemaah Menteri Anwar tak tahan lama, kata Shahidan

Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim mendakwa usaha...

Pelantikan Ahmad Zahid dibuat berdasarkan hierarki dalam parti kata Ahmad Maslan

Keputusan melantik Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid...

PANAS!! DAP Johor kata Umno yang ‘tergila-gila’ mahu PRN

DAP Johor mendakwa Umno mahukan pilihan raya negeri (PRN) itu diadakan untuk dijadikan landasan mencetuskan pilihan raya umum (PRU) secara mengejut.

Setiausaha DAP Johor, Andrew Chan, berkata Umno yang “tergila-gila” mahukan PRN kerana kumpulan utama dipimpin bekas Perdana Menteri Najib Razak dan Presiden Ahmad Zahid Hamidi mahu memenangi PRU bagi membolehkan mereka terlepas daripada hukuman penjara dalam kes rasuah dihadapi.

“Mereka mahukan Johor sebagai landasan untuk mencetuskan pilihan raya umum walaupun bertentangan dengan pendirian Perdana Menteri Umno sendiri, Ismail Sabri Yaakob.

“Kumpulan Umno yang dominan ini tidak peduli sama ada nyawa rakyat terancam atau tidak jika pilihan raya diadakan semasa pandemik.

“Pemimpin Umno juga sanggup mengheret rakyat dan Sultan Johor, yang menjadi penentu pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), semata-mata kerana keghairahan mereka untuk mendapatkan kuasa,” katanya di Facebook.

Beliau berkata, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) sudah memberi mesej jelas pada 27 Dis lalu bahawa tiada keperluan untuk mengadakan PRN buat masa ini.

Katanya, kesan daripada banjir melanda Johor baru-baru ini belum lagi diselesaikan apatah lagi kehadiran varian baharu Covid-19, Omicron di dunia serta Malaysia.

“PH Johor juga telah bersetuju memastikan agar kerajaan negeri pimpinan Hasni Mohammad dikekalkan bagi mengelak ketidakstabilan di Johor,” katanya.

Bagaimanapun, Andrew memberitahu jika PRN benar-benar berlaku, DAP Johor bersedia untuk menghadapinya.

“DAP telah melantik beberapa pemimpin utama termasuk Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Persediaan Pilihan Raya (juga dikenali sebagai Pengarah Pilihan Raya) pada 1 Julai lalu.

“Jawatankuasa Negeri DAP Johor dan Jawatankuasa Persediaan Pilihan Raya telah berbincang dengan ahli parti di seluruh negeri untuk memastikan semua pihak bersatu menghadapi pilihan raya,” katanya memaklumkan DAP Johor juga mendapatkan khidmat nasihat daripada pemimpin kebangsaan dalam segala persiapan parti.

Umno yang ‘tergila-gila’ mahu PRN, dakwa pemimpin DAP Johor

Berkaitan