Thursday, March 23, 2023

Panas! Jana Wibawa, lagi ditahan, kali ini seorang pegawai SPRM dan 4 individu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang...

Terkini!! Najib, Arul Kanda dibebaskan untuk tuduhan pinda laporan audit 1MDB

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini sebentar...

Menteri: SPRM boleh buka semula kes banglo Guan Eng jika ada bukti baru

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas untuk membuka semula siasatan berhubung pembelian banglo bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng jika ada bukti baru.

Dalam jawapan bertulis parlimen, menteri undang-undang Takiyuddin Hassan berkata tidak ada halangan bagi SPRM untuk melakukannya kerana ia adalah badan penguatkuasaan yang bebas.

“SPRM adalah sebuah badan bebas dalam menjalankan penyiasatan terhadap kes-kes rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

“Tiada halangan untuk membuka semula siasatan sekiranya terdapat fresh evidence (bukti baru) di dalam kes tersebut,” katanya sebagai menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas).

https://www.malaysiakini.com/news/537369

Berkaitan