Lelaki lemas ketika riadah di air terjun

BINTANGOR: Seorang lelaki ditemui lemas ketika beriadah bersama rakannya diAir Terjun Kuji, Wong Kuji, di sini, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)Sarawak, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam3.37 petang.

Katanya, Sat Renang, 33, dari Rh Rampoo Sungai Paoh, Sarikei, dikatakanmengunjungi air terjun itu untuk beriadah bersama tiga rakan mangsa.

“Mangsa dikatakan telah terjun dari tingkat dua air terjun itu dan tidaktimbul semula.

“Rakannya yang menyedari mangsa tidak timbul dikatakan terus cubamenyelamatkan lelaki itu.

“Mangsa kemudian berjaya ditemui dan dibawa ke tebing. Namun, mangsa tidakmemberikan sebarang tindak balas selepas beberapa usaha dibuat untukmenyedarkannya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut jurucakap itu lagi, mangsa kemudian dibawa rakannya serta pendudukkampung berhampiran ke jalan raya utama (Jalan Engkamop, Pakan) dan disahkanmeninggal dunia oleh polis yang berada di lokasi.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Terkini

Berita Berkaitan