Monday, March 27, 2023

Orang ramai terkejut melihat tumbuhan misteri tumbuh pada pili bomba

Tumbuhan misteri warna merah pada pili bomba...

Dah macam kanopi bila netizen sindir DS VIDA

“Sah ke solat pakai kanopi?”, netizen sindir...

PANAS BERDENTUM!! Laporan siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah?

Salinan dokumen yang didakwa laporan Suruhanjaya Pencegahan...

Kereta rasmi Mufti Perlis, Dr Maza dibakar

KANGAR – Kereta rasmi Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin musnah disyaki dibakar pihak tertentu semasa diletakkan di kediamannya di Jalan Persiaran Wawasan di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian pada pukul 5.45 pagi itu, bahagian enjin kereta Honda Accord berwarna hitam itu terbakar sepenuhnya.

Turut terbakar tayar hadapan sebelah kiri kenderaan itu manakala cermin belakang dan depan turut pecah.

Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Noor Mushar Mohd., pihaknya menerima panggilan daripada sistem MERS 999 berhubung kejadian pada pukul 6 pagi.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati ia disyaki berpunca daripada perbuatan khianat ekoran kesan cermin belakang kenderaan yang dipecahkan selain penemuan botol berisi petrol untuk membakar.

“Kebakaran walau bagaimanapun telah dipadamkan oleh pihak bomba,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kata Noor Mushar, pihaknya telah mengarahkan Unit Forensik untuk menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Berkaitan