Kebenaran rentas negeri hanya dibenarkan dari Isnin hingga Khamis

Semalam muncul berita pemilik butik fesyen dibenar merentas negeri hanya untuk memberikan kejutan kepada ibu bapanya di kampung. Hal tersebut membuat netizen pertikaikan pelaksanaan perintah larangan merentas negeri dimana hanya membenarkan dengan syarat tertentu sahaja.

Terbaharu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengehadkan pergerakan rentas negeri yang diluluskan dengan hanya dibenarkan pada Isnin hingga Khamis sahaja disebabkan peningkatan kes COVID-19.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, pergerakan rentas negeri hanya dibenarkan bagi tujuan pekerjaan, kecemasan dan kematian (hanya membabitkan ahli keluarga terdekat iaitu ibu bapa, anak dan adik beradik sahaja), perubatan, pendidikan serta pasangan jarak jauh.

Manakala pergerakan rentas negeri bagi tujuan sosial seperti menghadiri kenduri perkahwinan dan sebarang jenis majlis adalah dilarang. Tambahnya, jika permohonan pergerakan diluluskan, anda hanya dibenarkan melakukan pergerakan pada hari Isnin hingga Khamis sahaja dan tidak dibenarkan pada hujung minggu.

Hal ini ni termasuk bagi urusan-urusan membabitkan kecemasan, kematian dan pasangan jarak jauh. Apakah pendapat anda akan isu ini?

https://www.thevocket.com/sop-diperketat-kebenaran-rentas-negeri-bersebab-hanya-dibenarkan-dari-isnin-hingga-khamis/

Terkini

Berita Berkaitan