Sunday, May 28, 2023

Kematian kanak-kanak di Kluang bukan disebabkan stroke haba

Kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun...

K’jaan Perpaduan selesai isu air di Kedah jika dapat mandat PRN kata TPM

Kerajaan Perpaduan memberikan jaminan akan menyelesaikan isu...

Bila harganya rahmatullah, sangat melampau, orang malas nak datang lagi sekali.. hadap jelah kan..

Seorang pengguna TikTok meluahkan rasa kecewa kerana harga makanan di bazar Ramadan yang didakwa semakin tidak masuk akal.

Menerusi video yang dikongsi M Ruh Naim turut memaparkan suasana lengang berlaku di sebuah bazar Ramadan di Setia Alam yang dikunjunginya.

“Peniaga lebih ramai daripada pelanggan. Nak sokong, tetapi harga biarlah berbaloi. Semoga dipermudahkan,” katanya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju dengan harga di bazar Ramadan yang semakin mahal.

“Sesetengah tempat karipap RM1.50, goncang dengar isi di dalam,” kata Amalrasul.

“Rangka ayam RM5 agak-agaklah. Contoh yang lain harga tinggi ada saja yang masih berbaloi,” ujar Anakin Skywalker.

Tidak kurang juga orang ramai yang berpendapat desakan ekonomi yang semakin mencabar membuatkan peniaga terpaksa menaikkan harga kerana kos membeli bahan mentah juga tinggi.

“Bukan tak mahu letak harga rendah, tapi kos bahan mentah dah naik,” ujar Suri. – KOSMO! ONLINE

Berkaitan