Thursday, February 2, 2023

Terkini!! Bersatu hantar surat mohon SPRM batal beku akaun

Bersatu akan menghantar surat kepada Suruhanjaya Pencegahan...

Terkini! Abah perkenal Kabinet Bayangan PN

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin melancarkan...

Terkini!! Akaun Bersatu dibeku SPRM,

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

Lelaki dari Terengganu jual janin biawak, ratu anai-anai untuk sara hidup

Lelaki dari Terengganu jual janin biawak, ratu anai-anai untuk sara hidup. Janin biawak dan ratu anai-anai antara umpan pelik yang dijual oleh peniaga umpan di negeri ini bagi menambah pendapat keluarga.

Azlina Ismail, 50, dari Kampung Tengah berkata, dia menjual pelbagai jenis umpan memancing sejak lima tahun lalu.

“Pelbagai jenis umpan memancing sungai dan kolam yang dijual termasuk janin biawak, janin ayam dan janin puyuh.

Lelaki dari Terengganu jual janin biawak, ratu anai-anai untuk sara hidup

“Jika diikutkan pelbagai jenis umpan lain yang turun dijual seperti cengkerik, cacing dan katak tetapi umpan janin haiwan dalam telur itu paling laris.

“Janin biawak paling sukar diperolehi oleh itu ia dijual dengan harga RM10 untuk tiga biji telur biawak berjanin,” katanya ketika ditemui di Tasik Ging Badak, di sini, hari ini.

Menurutnya, dia bersama keluarga mencari sendiri telur biawak itu.

“Biasanya biawak bertelur di dalam busut atau sarang anai-anai oleh itu bukan mudah untuk mendapatkannya.

“Biasanya kita biarkan ia sehingga berjanin sebelum dijual kepada pemancing kolam,” katanya.

Sementara itu, Azman Mohd Abd Ghani, 33, dari Kampung Batu Rakit berkata, dia menjual ratu anai-anai dengan harga RM10 untuk tiga ekor.

“Umpan ratu anai-anai itu antara yang paling laris selain cacing gelang yang dicari sendiri itu.

“Bayangkan untuk mencari seekor ratu anai-anai perlu menggali satu sarang atau busut anai-anai dan ia bukan kerja mudah,” katanya.

Menurutnya, dia dalam proses menternak cacing gelang sendiri.

“Sebelum ini saya mencari sendiri atau mengupah orang mencari cacing gelang itu tetapi sekarang bercadang untuk membelanya.

“Sekiranya usaha membela cacing itu berjaya saya akan berhenti kerja sebagai pemandu dan memberi fokus sepenuhnya pada perniagaan itu,” katanya.

Gemilangdaily

Berkaitan