Wednesday, February 8, 2023

Perghh! Budak main lato-lato dua jam tanpa henti menang kambing

SURABAYA - Hadiah utama seekor kambing menjadi...

Terkini!! Bersatu hantar surat mohon SPRM batal beku akaun

Bersatu akan menghantar surat kepada Suruhanjaya Pencegahan...

‘Kalau PH, Anwar tetap calon PM’ kata Ahli Parlimen Pasir Gudang

JOHOR BAHRU: Masih terlalu awal untuk membincangkan siapa calon Perdana Menteri daripada Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) sekiranya dua gabungan itu menjalin kerjasama dan menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kelak.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, perkara pokok ketika ini bagi mereka adalah membentuk persefahaman antara PH dan PN bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN) secara satu lawan satu pada PRU-15.

“Siapakah calon Perdana Menteri daripada PH dan PN boleh ditentukan selepas menang serta berjaya bentuk kerajaan campuran. Calon Perdana Menteri itu nanti biar Yang Dipertuan Agong tentukan, kita boleh tengok siapa yang layak dan parti yang mempunyai kerusi lebih banyak.

“Kalau PH sudah tentulah kita menamakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon kita. Apa paling penting ketika ini adalah persetujuan untuk agihan kerusi antara PH dan PN,” katanya selepas mengunjungi dua pesakit kronik di Perjiranan 8, Flat Taman Air Biru, di sini.

Dalam lawatan tersebut, Hassan turut menyampaikan sumbangan daripada Pusat Khidmat Parlimen Pasir Gudang berupa lampin, alas tilam dan wang tunai kepada kedua-dua pesakit berkenaan.

Rabu lalu, beliau turut mencadangkan PH dan PN memulakan perbincangan berkenaan agihan kerusi untuk PRU-15 bagi mencari jalan yang pragmatik dan praktikal untuk mengelak dua gabungan itu bertembung sesama sendiri.

Sebelum ini PH kekal menamakan Anwar yang juga Presiden PKR sebagai calon Perdana Menteri, manakala PN pula tetap menamakan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri gabungan itu.

Dalam pada itu, Hassan berkata, persefahaman antara dua gabungan itu tidak bermakna parti komponen PH perlu bergabung atau masuk PN atau sebaliknya kerana kerjasama politik itu bagi mencari kaedah untuk mengelakkan pertindihan kerusi.

Katanya, selepas isu pembahagian kerusi dapat mencapai kesepakatan, soal calon Perdana Menteri tidak dibangkitkan sehingga menang PRU-15 dan PH atau PN masing-masing boleh merangka dasar termasuk manifesto pilihan raya berkenaan.

“Manifesto perlu realistik dan dapat menyelesaikan masalah rakyat ketika ini antaranya membabitkan isu ekonomi, menangani hutang negara, inflasi, kenaikan harga barang dan masalah ketiadaan pekerjaan.

“Manifesto ini mestilah ringkas dan mampu dilaksanakan, bukan retorik semata-mata. Ia dibantu golongan teknokrat, ahli ekonomi, pakar dan golongan profesional sebagai tawaran untuk jangka masa pendek yang boleh menampakkan hasilnya dalam tempoh lima tahun,” katanya. – UTUSAN

‘Kalau PH, Anwar tetap calon PM’ – Hassan 

Berkaitan