Saturday, March 25, 2023

Dah macam kanopi bila netizen sindir DS VIDA

“Sah ke solat pakai kanopi?”, netizen sindir...

PANAS BERDENTUM!! Laporan siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah?

Salinan dokumen yang didakwa laporan Suruhanjaya Pencegahan...

Panas! Jana Wibawa, lagi ditahan, kali ini seorang pegawai SPRM dan 4 individu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang...

GEMPAR! PN yakin boleh menang besar PRN Johor kata Hamzah

Perikatan Nasional (PN) yakin akan menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada12 Mac ini.

Pengarah PRN Johor, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, rakyat Johor akan memainkan peranan penting dalam membantu PN berjaya dalam PRN tersebut dan membentuk kerajaan yang mempunyai integriti serta prihatin rakyat.

“Rakyat akan bersama-sama kita untuk membuktikan bahawa kita adalah yang lebih baik bagi mencapai kemenangan yang besar pada PRN Johor ini sekali gus mengulangi kejayaan PRN Sabah.

“Bukan hanya di Johor, bahkan PN akan bangkit untuk tentukan masa depan rakyat di negeri ini.

“Saya lihat sambutan hari ini cukup luar biasa, jika UMNO tak takut saya tak tahulah,” katanya.

Setiausaha Agung PN itu berkata demikian ketika berucap dalam Program Kotak Prihatin Kepada Pertubuhan Pemandu Teksi Johor Bahru di Dewan Pusat Produktiviti Malaysia (MPC), Bandar Baru Uda di sini pada Jumaat.

Hamzah berkata, ketika ini tumpuan harus diberikan terhadap usaha untuk memenangkan calon PN dan tidak timbul lagi persoalan mengapa perlu mengadakan PRN Johor.

https://www.sinarharian.com.my/article/187406/Pilihan-Raya/PRN-Johor/PN-yakin-menang-besar-PRN-Johor-Hamzah

 

Berkaitan