GEMPAR!! Lim Guan Eng kata memori Mahathir silap, tak adil tuding jari pada seorang penasihat

PETALING JAYA: Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, memori Dr Mahathir Mohamad “silap” apabila menuding jari hanya kepadanya dan seorang “penasihat yang dipercayai” dalam memoir bekas Perdana Menteri itu berhubung pemerintahan 22 bulan Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung DAP itu berkata, sebagai Menteri Kewangan beliau juga pernah mempunyai ramai penasihat, antaranya Ketua Setiausaha Kementerian dan timbalannya, selain Pengarah Belanjawan Negara dan kakitangan awam lain.

“Tidak adil untuk Mahathir menuding jari terhadap hanya satu penasihat yang dipercayai. Saya pasti Mahathir juga sedar perkara ini. Beliau juga mempunyai ramai penasihat yang dipercayai melibatkan pelbagai portfolio termasuk yang bukan kakitangan awam.

“Malah beliau pernah mengugut memecat saya tiga kali daripada Kabinet namun kami tenang saja dan terus menjalankan tugas rasmi. Sentimen peribadi mesti diketepikan,” katanya kepada FMT.

Menurut laporan mengenai buku yang bakal dilancarkan hari ini, Mahathir menyebut mengenai seorang ahli DAP yang senior digambarkan sebagai penasihat yang dipercayai Lim, berhubung pembabitannya dalam hal ehwal kerajaan tanpa kebenaran. Beliau mendakwa tindakan seperti itu menjadi senjata untuk Umno mengeksploitasi isu perkauman terhadap parti didominasi bangsa Cina itu.

Menurut laporan itu, Mahathir menjanjikan buku itu akan “mendedahkan segala-galanya” mengenai persaraannya selama 15 tahun sebelum kembali memegang jawatan Perdana Menteri pada 2018.

“Mahathir berkata orang DAP itu ‘diberi banyak kuasa’ oleh Lim tetapi mula menganggap beliau juga mempunyai kuasa terhadap kakitangan awam,” menurut laporan itu.

Selain itu, Mahathir berkata kebanyakan masanya Lim mendapatkan kelulusannya bagi hampir semua inisiatif, dan setiap cadangan kepada Kabinet diakhiri dengan “jika Perdana Menteri bersetuju”.

Lim berkata, hakikatnya adalah walaupun memiliki pandangan berbeza, mereka mempunyai tanggungjawab bersama terhadap setiap perkara diputuskan Kabinet, yang menjadi asas tadbir urus PH.

Memori Mahathir ‘silap’, tak adil tuding jari pada seorang penasihat, kata Guan Eng

Terkini

Berita Berkaitan