Chin Tong tuntut ‘peraturan baharu’ politik, persediaan jika Zahid jadi PM

Ketua DAP Johor Liew Chin Tong menggesa agar “peraturan lalu lintas” politik baharu diwujudkan oleh pihak yang bersetuju bahawa mempunyai Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebagai perdana menteri menandakan kembalinya “era buruk”.

Katanya, Zahid akan terus menekan agar Parlimen dibubarkan lebih awal bagi membuka laluan kepada pilihan raya umum seterusnya (PRU15).

“Kita perlu faham bahawa apabila PRU tiba, tiada satupun parti yakin mampu menang secara bersendirian,” kata Liew, yang juga timbalan setiausaha agung DAP.

“Jadi, mewujudkan ‘peraturan lalu lintas’ yang dipersetujui bersama oleh semua kumpulan menerusi perundangan Parlimen sangat penting demi kestabilan politik Malaysia pada masa akan datang,” kata Liew.

Walaupun belum ada pengumuman tarikh pembubaran Parlimen selepas perdana menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong minggu lepas, negara belum “selamat” memandangkan Zahid terus memberikan tekanan agar Parlimen dibubarkan awal.

Liew mencadangkan lima “peraturan lalu lintas”, seperti yang diusulkan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook.

Peraturan-peraturan itu termasuk penggal perdana menteri dihadkan kepada 10 tahun; penggal Parlimen tetap; penggubalan undang-undang pembiayaan politik; penggubalan undang-undang bagi dana pembangunan kawasan pilihan raya; dan pengasingan peranan peguam negara dengan pendakwa raya.

Chin Tong tuntut ‘peraturan baharu’ politik, persediaan jika Zahid jadi PM

 

Terkini

Berita Berkaitan