Mereka yang khianat sudahnya UMNO pula mereka tuduh!! Dakwaan UMNO punca MN tertangguh hanyalah hipotesis, fatamorgana’

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, membidas dakwaan bahawa parti itu adalah penyebab penubuhan Muafakat Nasional (MN) tertangguh, sebagai hipotesis dan fatamorgana semata-mata.

Sebaliknya, beliau menegaskan, UMNO pernah menghulurkan tangan untuk kerjasama itu tetapi ‘digigit’ balik menyebabkan perkara itu tidak menjadi kenyataan.

“Itu (dakwaan) hanya satu hipotesis dan fatamorgana kerana kita pernah menawarkan ‘olive branch’ (menghulurkan perdamaian) kepada kedua-duanya.

“Namun, tangan kami bukan hanya ‘dikokak’ dan ‘digigit’, malah mereka melakukan sesuatu hingga hampir ‘patah tangan’… tetapi kami membina kekuatan sendiri,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Puteri Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang dilaporkan mendakwa sikap pemimpin UMNO yang menimbulkan masalah menyebabkan penubuhan MN tertangguh hingga kini.

Media melaporkan pada majlis pelancaran Perikatan Nasional (PN) Terengganu, semalam, Abdul Hadi mendakwa masalah dibawa UMNO itu termasuk cubaan beberapa pemimpinnya mewujudkan jajaran baharu (selain dengan PN) menyebabkan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut dianggotai pemimpin daripada parti itu terkubur pada Ogos 2021.

Muhyiddin yang turut menghadiri majlis pelancaran itu pula dilaporkan mendakwa UMNO yang membuat keputusan menolak BERSATU dan PAS daripada menyertai MN.

Menurut Kamus Dewan, fatamorgana bermaksud sesuatu yang bersifat khayalan, manakala hipotesis pula merupakan sesuatu pendapat yang dianggap benar sebagai alasan walaupun kebenarannya masih belum dibuktikan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/07/982509/tuduhan-pada-umno-hanyalah-hipotesis-fatamorgana?fbclid=IwAR22vIx7oZK7ETNTG3LEPyfV2MnCVlBSKZwGjcmFIDK3kV_jA4osH_Of8Cg

Terkini

Berita Berkaitan