Speaker kirim salam pada Hamzah Zainudin, Rais Yatim perli sebab Hamzah tak pernah hadir sidang dewan

Speaker Dewan Negara Rais Yatim menegur Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin kerana tidak pernah hadir ke persidangan sesi ini.

Teguran itu disampaikan ketika Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Jonathan Yasin bangun untuk menjawab soalan jawab lisan.

“Nak komen sikit saja.

“Yang berhormat menteri tak pernah datang ke dewan, sampai salam,” kata Rais yang disambut ketawa kecil senator lain.

Jonathan bagaimanapun menjawab serius:

“Saya akan sampaikan pesan itu Tan Sri.”

Dia kemudian terus menjawab soalan.

Jonathan diminta menjawab soalan berkait penarafan warganegara Malaysia oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dibangkitkan oleh Senator Aziz Ariffin.

https://www.malaysiakini.com/news/602858

Terkini

Berita Berkaitan