Tular Lelaki Gigih Selimutkan Bayi Di Pangkuan Atas Motor Elak Cuaca Panas..Cetus Perasaan Sebak Netizen

Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Itulah bait mutiara kata yang sering dituturkan dari zaman ke zaman. Kasih seorang ayah, sanggup berk0rban apa sahaja untuk memberikan yang terbaik untuk anaknya.

Kasih sayang seorang bapa sememangnya tidak dapat dinafikan lebih-lebih lagi terhadap anak-anak. Kadangkala perbuatan kecil yang dilakukan bapa kita sangat menunjukan betapa sayangnya pada anak-anak walaupun tidak diluahkan menerusi kata.

Baru-baru ini menerusi laman Tiktok, tular satu video yang memaparkan seorang penunggang motosikal sedang memangku anak kecilnya yang kebetulan berhenti di hadapannya sementara menanti persimpangan lampu isyarat bertukar hijau.

Memandangkan cuaca yang panas terik, menutup wajah si cilik terbabit dengan sehelai kain bagi mengelakkannya daripada terkena matahari, dan kanak-kanak tersebut kelihatan diam saja dalam pangkuannya.

Video:

Video Player

00:00
01:00

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 116k tontonan, 9.2k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terharu dengan pengorbanan lelaki tersebut terhadap anaknya.

Malah, ada yang mendoakan mereka supaya dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dimurahkan rezeki.

Komen netizen:

Sumber:SinarViralNetwork

Terkini

Berita Berkaitan