Sunday, December 4, 2022

Panas! Ini kerajaan ‘luar tabii’ kata Sanusi

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor...

Terkini! Empat senator angkat sumpah di Dewan Negara

Empat senator mengangkat sumpah di Dewan Negara...

Teruk!! Sembilan lelaki direman berkait kes rogol gadis bawah umur

KOTA BHARU: Sembilan lelaki termasuk remaja berusia...

Kenal tak? Artis pukul bekas isteri direman dua hari, dituduh esok

Petaling Jaya: Penyanyi yang ditahan semalam selepas dipercayai memukul bekas isterinya ditahan reman dua hari sehingga esok.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Hairol Azhar Mohd Ishak di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini, hari ini.

Peguam yang mewakili penyanyi lelaki berusia 45 tahun itu, Kailash Hsarma berkata, artis terbabit berkemungkinan akan dituduh di mahkamah esok mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumahtangga 2017.

“Polis memohon reman selama empat hari namun ia dikurangkan kepada hanya dua hari.

“Dia kemungkinan besar akan dituduh di Mahkamah Petaling Jaya, esok,” katanya kepada petugas media selepas di luar bilik reman, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, anak guamnya itu berada dalam keadaan sihat sahaja termasuk dari segi emosi.

“Mengenai tuduhan itu, saya difahamkan dia turut membuat laporan polis malah berpesan supaya kesalahannya hanya boleh ditentukan oleh proses undang-undang,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan penyanyi itu ditahan selepas dipercayai memukul bekas isterinya dalam kejadian di kawasan rumah lelaki itu di Kota Damansara, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dilaporkan berkata, mangsa berusia 27 tahun membuat laporan berhubung kejadian semalam.

Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa mahu mengambil anak lelakinya daripada suspek di kawasan parkir rumah pada 2.29 petang.

“Ketika berada di situ, berlaku perselisihan faham kerana mangsa enggan bergambar bersama lelaki terbabit.

“Suspek berusia 45 tahun itu kemudian memarahi dan memukul badan pengadu menyebabkan kesan lebam dan sakit pada anggota badan mangsa,” katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/04/834393/artis-pukul-bekas-isteri-direman-dua-hari-dituduh-esok?fbclid=IwAR03PDAX1REIVZdmc3VFFJM4WYSRSKyim6J9D6e5V__FF1AST14Mg-4oWPY

Berkaitan