Tuesday, May 30, 2023

Kematian kanak-kanak di Kluang bukan disebabkan stroke haba

Kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun...

K’jaan Perpaduan selesai isu air di Kedah jika dapat mandat PRN kata TPM

Kerajaan Perpaduan memberikan jaminan akan menyelesaikan isu...

Kalau tak suka jangan tengok, kata DS Siti kepada peminat yang kritik dirinya perihal obsess dengan anak sendiri

Bintang tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi reaksi lanjut berhubung ada segelintir pengguna media sosial yang mengkritik tindakan penghibur itu yang dikatakan kerap berkongsi fasal anak, Siti Aafiyah di Instagram.

Mengakui situasi normal apabila dalam ramai yang suka pasti ada juga yang sebaliknya, Tok Ti secara relak dan profesional memberikan pandangannya.

“Saya tak ada apa-apa pendirian terhadap hal berkenaan. Cumanya saya nak jelaskan di sini, kalau ada sesiapa yang tidak berapa gemar suka saya kongsi, jadi jangan tengok.

“Tak suka jangan tengok sebab saya kongsi untuk orang suka tengok perkongsian saya sahaja.

“Kiranya saya kongsi momen Aafiyah di laman media sosial sebab saya pada masa sama mahu simpan memori serta perkembangan Aafiyah sedari kecil,” katanya yang turut menafikan andai ada yang menyifatkan dirinya terlalu obses dengan permata hati sendiri.

“Saya tidaklah obses atau terlampau teruja dengan anak sendiri. Tapi tidak mengapalah sebab rasanya orang yang cakap macam tu mungkin dia ada anak yang ramai, memandangkan saya sekitar 11 tahun tunggu baru dapat anak seorang.

“Yang penting, kalau boleh saya tidak mahu tertinggal satu momen pun dengan Aafiyah, InsyaAllah,” kongsi Tok Ti.

Berkaitan