Tuesday, May 30, 2023

Kematian kanak-kanak di Kluang bukan disebabkan stroke haba

Kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun...

K’jaan Perpaduan selesai isu air di Kedah jika dapat mandat PRN kata TPM

Kerajaan Perpaduan memberikan jaminan akan menyelesaikan isu...

Gempar! Hubungan sulit dengan isteri orang punca lelaki dibunuh kata PDRM

PETALING JAYA: Hubungan cinta dengan isteri orang dipercayai punca seorang lelaki dibunuh sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Sepang, semalam.

Ketua Polis Sepang, Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata mangsa dipercayai menjalinkan hubungan sulit dengan seorang wanita tempatan yang sudah berkahwin pada 2020.

Mangsa berusia 25 tahun ditemukan dalam keadaan terbaring dengan luka pada perut serta tangannya terikat di tepi Jalan Sepang-Salak.

Wan Kamarul berkata, mangsa disyaki menjalinkan hubungan dengan wanita itu ketika suaminya pulang ke negara asal selepas perintah kawalan pergerakan dilaksanakan bagi mengawal penularan Covid-19.

“Sepupu mangsa berkongsi maklumat selepas mendapat tahu kejadian ini.

“Suaminya kembali ke Malaysia pada Ogos 2021 dan kemudian mendapati wanita itu berlaku curang. Mereka kemudian bercerai,” katanya sambil memaklumkan pasangan itu mempunyai tiga anak.

Susulan itu, polis menjalankan siasatan dan menahan tiga lelaki warga asing berusia antara 24 hingga 50 tahun di Padang Jawa, Shah Alam. Mereka dipercayai rakan sebilik bekas suami wanita itu.

“Kami percaya motif pembunuhan disebabkan cemburu. Siasatan masih dijalankan dan setakat ini, polis belum menemui bekas suami wanita itu,” katanya.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/04/16/hubungan-sulit-dengan-isteri-orang-punca-lelaki-dibunuh-kata-polis/

Berkaitan