Thursday, October 5, 2023

Panas! Sanusi kata Kedah boleh lebih maju dari Selangor jika ada KL berhampiran

Menteri Besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md...

Akhirnya kereta terbang memang wujud, tempahan kini dibuka kepada umum..

SAN MATEO, CALIFORNIAĀ  –  Sebuah syarikat pengeluar...

Zahid bertemu Najib dipenjara dapat kebenaran Ketua Pengarah Penjara – Saifuddin

Pertemuan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru iniĀ  mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah Penjara Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution turut mengesahkan beliau menerima makluman permohonan lawatan tersebut daripada Ketua Pengarah DatukĀ MohamadĀ Nordin Ibrahim.

Jelas beliau, kebenaran berkenaan tersebut adalah berdasarkan Bahagian 10, Peraturan 86, Peraturan-Peraturan Penjara 2000 mengenai perhubungan banduan dengan saudara-mara dan rakan-rakannya iaitu kebenaran khas lawatan diberikan oleh Ketua Pengarah Penjara atau menteri.

ā€œKebenaran khas adalah daripada Ketua Pengarah Penjara atau saya. Ketua pengarah penjara maklum kepada saya dan saya tahu. Proses seterusnya diberikan oleh Ketua Pengarah Penjara, yang penting Ketua Pengarah maklumkan pada saya dan saya ambil maklum.

ā€œSoal macam mana dia memaklumkan kepada timbalan perdana menteri, itu proses seterusnya,ā€ katanya ketika sidang media di lobi Parlimen.

Tambahnya, lawatan yang membawa makanan dari luar pula tertakluk kepada Bahagian 10, Peraturan 99 yang tertakluk kepada kebenaran lawatan.

ā€œTiada seorang pun pelawat boleh dibenarkan membawa masuk apa-apa makanan dari luar melainkan jika dibenarkan pegawai yang menjaga.

Tambah Saifuddin, tempoh masa lawatan juga bergantung kepada budi bicara pegawai yang bertugas mengiringi pelawat berjumpa dengan banduan di dalam penjara.

ā€œSaya nak sebut yang dikatakan bahawa dia (Zahid) bawa alat elektronik itu tak betul, saya bercakap sendiri dengan Datuk Mohamad Nordin Ibrahim. Siapa pun masuk, dia kena lalui pemeriksaan macam biasa tak kira pangkat.

ā€œSoal masa jumpa 30 minit ke, 40 minit ke, 45 minit, pertemuan itu dengan kehadiran pegawai penjara. Jadi pegawai penjara adalah pihak yang mempunyai autoriti untuk membuat keputusan pada masa itu.

ā€œJadi, seperti mana saya sebut tadi, Peraturan 86 dan 99, dari hal izin melawat dan juga makanan, begitu jugalah tempoh masa, pegwai yang menyelia pada ketika itu yang akan membuat pertimbangan berapa lama lawatan itu dibenarkan.

ā€œSaya pun dulu pernah melawat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh dan kadang-kadang saya dapat jumpa 15 minit, kadang saya dapat 30 minit. Jarang jarang sangat saya dapat 45 minit, ia bergantung kepada budi pegawai masa itu,ā€ ujarnya.- MalaysiaGazette

 

Berkaitan