Wednesday, June 7, 2023

PAU 2023 dihadiri 60 peratus kepimpinan baharu kata Asyraf

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 membawa perubahan...

Kadar inflasi Negara dijangka kekal sederhana kata Menteri Ekonomi

Kadar inflasi negara dijangka kekal menyederhana tahun...

Anwar nasihat Hadi, jangan guna neratif kolot dan jumud kritik Kerajaan Perpaduan

Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim menasihati Presiden...

Yakin PH berpeluang menang di Kimanis kata Mahfuz

ALOR SETAR – Pakatan Harapan (PH) berpeluang menawan Parlimen Kimanis pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 18 Januari ini, biarpun kerusi itu dianggap sebagai kubu kuat UMNO.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Mahfuz Omar, berkata keyakinan itu selepas melihat sokongan rakyat Sabah terhadap kerajaan PH yang semakin baik.

Katanya, ia termasuk kejayaan PH pada PRK Sandakan melalui kemenangan besar Ahli Parlimennya, Vivian Wong Shir Yee, pada Mei lalu.

“Rakyat Sabah ini agak berlainan dengan rakyat di Semenanjung, sentimen Sabah mereka sangat tinggi, kemenangan PH di Sandakan sudah mampu memberi petunjuk kepada kita.

“Saya percaya Parti Warisan Sabah (WARISAN) mampu memberikan pembaharuan di Sabah, kita sudah hampir dua tahun memerintah dan saya yakin rakyat dapat menilai cara kepemimpinan kita,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Meraikan Pelajar Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Awana, Jalan Langgar, di sini, hari ini.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, beliau akan turun padang membantu calon PH berkempen di kawasan itu bersama-sama jentera parti komponen lain termasuk bagi menyelami kehendak rakyat di sana.

Semalam, Presiden PAN, Mohamad Sabu, dipetik berkata pihaknya akan menggerakkan jentera parti bermula pada hari penamaan calon dan bersama parti komponen PH lain berkempen pada PRK .

Kimanis.Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Parlimen Kimanis akan diadakan pada 18 Januari ini dan tarikh penamaan calon adalah pada 4 Januari dengan pengundian awal pada 14 Januari.

Pada 16 Oktober lalu, Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu melalui Hakim Lee Heng Cheong mengisytiharkan kemenangan penyandangnya, Datuk Seri Anifah Aman sebagai tidak sah dan terbatal.

Mahfuz sangat yakin PH akan menang PRK Kimanis

Berkaitan