Sunday, December 4, 2022

Pelantikan Ahmad Zahid dibuat berdasarkan hierarki dalam parti kata Ahmad Maslan

Keputusan melantik Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid...

Panas! Ini kerajaan ‘luar tabii’ kata Sanusi

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor...

Terkini! Empat senator angkat sumpah di Dewan Negara

Empat senator mengangkat sumpah di Dewan Negara...

WHO umum kaji tiga lagi ubat Covid-19

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin mengumumkan tiga ubat baharu sedang diuji dalam fasa terbaharu ujian klinikal Solidarity bagi mencari rawatan berkesan terhadap Covid-19, lapor akhbar Saudi Gazette kelmarin.

Tiga ubat itu, artesunate, imatinib dan infliximab akan diuji terhadap pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital di 52 buah negara yang terlibat dengan program Solidarity PLUS.

Menurut data WHO, sehingga kelmarin, terdapat lebih 203 juta kes Covid-19 yang dilaporkan di seluruh dunia.

Angka kes Covid-19 dunia melepasi 200 juta hanya enam bulan selepas jumlah kes melepasi angka 100 juta.

Bercakap dalam satu sidang media di Geneva, Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menekankan keperluan kritikal bagi mencari rawatan Covid-19 yang lebih berkesan dan mudah diakses.

“Kita sudah mempunyai banyak alatan untuk mencegah, menguji dan merawat Covid-19 termasuk oksigen, dexamethasone dan IL-6. Namun, kita memerlukan lebih banyak rawatan buat pesakit di hujung semua spektrum klinikal daripada penyakit yang ringan sehingga teruk.

“Kita memerlukan petugas kesihatan yang terlatih untuk menggunakannya dalam persekitaran yang selamat.

“Ketiga-tiga ubat tersebut dipilih oleh panel bebas untuk potensinya dalam mengurangkan risiko kematian dalam kalangan pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital. Ubat-ubat ini sudah digunakan untuk merawat penyakit lain,” katanya.

Artesunate adalah ubat merawat malaria yang teruk, imatinib digunakan untuk beberapa jenis kanser termasuk leukemia sementara infliximab digunakan untuk merawat penyakit Crohn, rheumatoid arthritis dan penyakit lain berkaitan sistem imunisasi badan.

Kilang pengeluar seperti Ipca dan Johnson & Johnson menyumbangkan ubat-ubatan tersebut untuk percubaan.

Solidarity PLUS adalah kerjasama global terbesar antara 194 negara anggota WHO dengan ribuan penyelidik di lebih daripada 600 hospital yang mengambil bahagian. – AGENSI

Berkaitan