Sunday, May 28, 2023

Kematian kanak-kanak di Kluang bukan disebabkan stroke haba

Kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun...

K’jaan Perpaduan selesai isu air di Kedah jika dapat mandat PRN kata TPM

Kerajaan Perpaduan memberikan jaminan akan menyelesaikan isu...

WHO beri amaran kes Covid-19 dunia meningkat 30 peratus

GENEVA, SWITZERLAND – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa jangkitan Covid-19 kembali me­ningkat dan menggesa langkah berjaga-jaga dilaksanakan bagi mencegah penularan lebih meluas, lapor program berita NHK World Japan kelmarin.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, kes Covid-19 yang dilaporkan pada setiap minggu, melonjak hampir 30 peratus sejak dua ming­gu lalu.

Menurutnya, subvarian BA.4 dan BA.5 telah menjadi varian yang dominan di Benua Eropah dan Amerika.

Tedros berkata, ujian sari­ngan Covid-19 yang semakin berkurangan di kebanyakan negara telah menyukarkan WHO untuk mendapatkan maklumat sebenar mengenai angka jangkitan.

Tambahnya, perlindungan yang diberikan vaksin juga semakin berkurangan berikutan virus Covid-19 yang terus ber­evolusi, meskipun pelalian masih berkesan dalam mencegah gejala serius serta kematian.

Justeru, Tedros menggesa tindakan global diambil segera selain di peringkat negara dan tempatan untuk menghadapi cabaran tersebut.

Beliau turut meminta agar suntikan vaksin tambahan diberikan kepada individu berisiko termasuk warga emas dan pekerja perubatan.

Dalam masa yang sama, orang ramai turut digesa terus memakai pelitup muka jika berada di tempat sesak atau ruang yang tidak mempunyai sistem peng­udaraan yang baik. – AGENSI

Berkaitan