Monday, December 5, 2022

Panas! Muhyiddin minta Adun PH berpaling tadah bagi jatuhkan PH di Selangor

Naib Presiden PKR, Amirudin Shari mendakwa Pengerusi...

Hebat! Usaha sedang dibuat agar Jemaah Menteri Anwar tak tahan lama, kata Shahidan

Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim mendakwa usaha...

Pelantikan Ahmad Zahid dibuat berdasarkan hierarki dalam parti kata Ahmad Maslan

Keputusan melantik Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid...

Wan Fayhsal kata sokongan terhadap parti politik tidak boleh diukur melalui kehilangan ahlinya

Sokongan terhadap parti politik tidak boleh diukur melalui kehilangan ahlinya.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, tindakan ebih 300 ahli keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di lima cawangan  Tanjung Piai baru-baru ini tidak bermakna parti itu tidak mendapat sokongan di Johor.

“Sokongan terhadap parti politik tidak boleh diukur dari segi kehilangan ahlinya sahaja kerana ketika ini saya yakin pengundi atas pagar itu yang menentukan kemenangan parti politik,” katanya ketika ditemui selepas menziarahi gereja yang musnah akibat kebakaran baru-baru ini atas kapasiti Timbalan Menteri Perpaduan Negara di Kota Kemuning hari ini.

Tambah Wan Ahmad Fayhsal, tindakan ahli keluar daripada parti lazimnya akan berlaku setiap kali pilihan raya.

“Itu satu kes terpencil, ini biasa. Setiap kali kita berhadapan dengan pilihan raya negeri atau umum, akan ada peristiwa-peristiwa begini akan muncul malah sebelum PRU-14 perkara sebegini muncul dalam Armada, dalam Bahagian Bersatu tetapi Bersatu tetap memperoleh kerusi-kerusi di Johor,” katanya lagi.

Ahmad Fahysal berkata, biarlah medan demokrasi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang menentukan sama ada Bersatu masih mendapat sokongan atau tidak di negeri berkenaan.

“Jadi saya rasa biarlah medan demokrasi yang akan menentukan Bersatu relevan atau tidak. Saya yakin dengan jentera yang ada dan sentimen kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya lagi.

Sebagai rekod, lima cawangan Bersatu yang terbubar semalam selepas lebih 300 ahlinya keluar adalah cawangan terlibat adalah Pekan Nanas Timur, Pekan Nanas Selatan, Ladang Sos Malaya, Melayu Raya dan Lubuk Sawah.

Bekas Setiausaha Bersatu Bahagian Tanjung Piai, Hishamuddin Busri berkata, tindakan keluar beramai-ramai itu dibuat kerana merasakan parti itu sudah kehilangan hala tuju bahkan didakwa sudah tidak mempunyai masa depan dalam kancah politik tanah air.- MalaysiaGazette

Berkaitan