Sunday, March 26, 2023

Dah macam kanopi bila netizen sindir DS VIDA

“Sah ke solat pakai kanopi?”, netizen sindir...

PANAS BERDENTUM!! Laporan siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah?

Salinan dokumen yang didakwa laporan Suruhanjaya Pencegahan...

Panas! Jana Wibawa, lagi ditahan, kali ini seorang pegawai SPRM dan 4 individu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang...

Video lucah janak-kanak dalam telefon, lelaki Malaysia ditahan di Australia

Seorang lelaki Malaysia ditahan di Australia selepas beliau dikesan menyimpan rakaman penderaan seks kanak-kanak di telefon bimbitnya.

Suspek, 36, ditangkap anggota Angkatan Sempadan Australia (ABF) di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth kelmarin selepas bagasinya diperiksa sebaik tiba dari sini.

“Ketika memeriksa telefon bimbitnya, pegawai kami menemui bahan menjijikkan termasuk video yang menggambarkan penderaan seksual kanak-kanak,” kata ABF semalam.

“Pegawai kami merampas telefon beliau dan membatalkan visa pelawatnya.”

Lelaki itu didakwa kerana membawa bahan terlarang bawah Akta Kastam Australia. Dia berdepan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda hingga A$525,000 (RM1.52 juta).

Berkaitan