Sunday, May 28, 2023

Kematian kanak-kanak di Kluang bukan disebabkan stroke haba

Kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun...

K’jaan Perpaduan selesai isu air di Kedah jika dapat mandat PRN kata TPM

Kerajaan Perpaduan memberikan jaminan akan menyelesaikan isu...

[Video] Lori terbakar, sesak lima kilometer

LORI membawa muatan diesel terbalik sebelum terbakar di Kilometer 23.5 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) hari ini.

Kejadian itu turut menyebabkan kesesakan sehingga lima kilometer di laluan berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada 11.21.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi.

“Kebakaran dipadamkan kira-kira setengah jam kemudian.

“Pemandu lori berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas di lebuh raya berkenaan.

“Setakat ini siasatan awal mendapati lori itu terbakar hampir 90 peratus.

“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

LIHAT VIDEO: https://youtu.be/CISFVRF-lNI

Berkaitan