Wednesday, June 7, 2023

PAU 2023 dihadiri 60 peratus kepimpinan baharu kata Asyraf

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 membawa perubahan...

Kadar inflasi Negara dijangka kekal sederhana kata Menteri Ekonomi

Kadar inflasi negara dijangka kekal menyederhana tahun...

Anwar nasihat Hadi, jangan guna neratif kolot dan jumud kritik Kerajaan Perpaduan

Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim menasihati Presiden...

[Video] Guru di samun oleh penyamun bersenjata api di Lebuh raya Pasir Mas Salor

Malang menimpa seorang guru wanita apabila menjadi mangsa samun ketika dalam perjalanan ke sekolah di Lati, Pasir Mas, pagi tadi.

Mangsa mendakwa ketika memandu di Salor dekat Jalan Kota Bharu-Pasir Mas, seorang lelaki bermotosikal mengacukan pistol dan mengarahkannya supaya memberhentikan kereta.

Sebaik memberhentikan kereta, lelaki berkenaan terus mengambil beg yang diletakkan di kerusi sebelah pemandu dan melarikan diri.

Daripada video yang ditularkan, guru terbabit, Noraida Othman, 39, berada dalam keadaan trauma dan mangsa memberitahu kerugian kira-kira RM300 dan beberapa dokumen penting turut dilarikan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan yang berlaku pada 6.40 pagi tadi.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan polis sedang mengesan suspek.

Abdul Rahim berkata meskipun pengadu memberitahu diacukan pistol namun tidak dapat dipastikan jenis senjata yang digunakan dalam kejadian itu dan beliau tidak menolak kemungkinan ia adalah senjata mainan.

LIHAT VIDEO: https://youtu.be/aRRmETQfQkw

Berkaitan