Saturday, September 23, 2023

Usahlah risau, Tun M tetap akan serahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim

Berita gembira untuk penyokong Anwar Ibrahim, Tun M tetap akan serahkan kuasa kepada Anwar, mungkin selepas APEC pada November tahun hadapan.

Kita tunggu sahaja, walaupun ada masalah dalaman, walaupun ada tuduhan berat terhadap Anwar berkenaan serangan seksual, jawatan PM ke-8 pasti akan diserahkan.

Ingat tu, janji seorang PM, usahlah risau, usahlah ragu-ragu lagi, tidak perlulah mendesak, tidak perlulah meroyan atau beriya nak suruh serahkan kuasa secara paksa.

Namun, persoalannya, boleh percaya ke kata-kata seorang PM yang pernah berkuasa 22 tahun itu?

Terpulang, tepuk dada, tanyalah hati, penulis hanya mengandaikan, agak mustahil penyerahan kuasa itu diberikan dengan mudah, tidak percaya?

Kita tunggu sahaja drama-drama berskala besar tahun hadapan.

Saya akan kotakan janji, tapi terpulang jika rakyat mahu Anwar, kata Dr M

KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad hari ini berjanji akan menyerahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim, walaupun presiden PKR itu berdepan dakwaan serangan seksual terbaru.

Bagaimanapun, perdana menteri berkata, beliau tidak akan menyerahkan kuasa sebelum Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Kuala Lumpur pada November tahun depan, tetapi boleh berbuat demikian selepas itu.

“Saya berjanji menyerahkan kuasa dan saya akan kotakannya, tetapi saya rasa perubahan segera sebelum sidang APEC akan menimbulkan gangguan.

“Setakat yang saya tahu, saya berundur dan menyerahkan kuasa kepadanya. Jika rakyat tidak mahu dia, itu hal mereka, tetapi saya akan kotakan janji saya. Tidak kira apa tuduhannya. Saya sudah berjanji, saya akan kotakan janji saya,” katanya ketika ditemubual Reuters.

Ditanya jika peralihan kuasa boleh berlaku pada Disember 2020, Mahathir berkata: “Kita tunggu dan lihat apabila tiba masanya.”

Anwar pernah menjadi timbalan perdana menteri ketika Mahathir mentadbir negara buat pertama kali, tetapi hubungan mereka bertukar dingin sebelum kedua-duanya berdamai semula untuk memenangi pilihan raya umum tahun lalu.

Anwar, 72, dipenjarakan 2 kali atas pertuduhan berasingan liwat dan rasuah, tetapi beliau mendakwa ia bermotifkan politik.

Minggu lalu, Anwar menolak dakwaan terbaru oleh seorang bekas pembantunya yang menuduh beliau cuba memaksanya mengadakan hubungan seks.

Ahli Parlimen Port Dickson itu menyifatkan ia adalah cubaan untuk mencemarkan reputasinya.

Mahathir dilantik sebagai perdana menteri buat kali ke-2, selepas memegang jawatan sama selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003.

FMT

Berkaitan